Kerjasama Pas Buntu Tetapkan Syarat Tidak Munasabah

IPOH – Amanah yakin kerjasama antara Bersatu dan Pas akan menemui jalan buntu selagi parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menetapkan pelbagai syarat yang tidak munasabah.

 

Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, tindak-tanduk Pas yang berdolak-dalik meskipun telah tiga kali mengadakan rundingan dengan Bersatu turut memperlihatkan tiada sebarang implikasi positif terhasil.

 

“Pas letakkan syarat yang cukup ketat, jadi sebenarnya Bersatu tahu mereka takkan dapat bersama Pas selagi syarat itu dikenakan.

 
“Selain, dah tiga kali berjumpa (pimpinan Bersatu dan Pas) dan kali terakhir di Bangsar namun Abdul Hadi kata cuma sembang kosong. Ini jelas satu penghinaan, tak matang dan menghormati kepada pertemuan yang dibuat sebelum ini,” katanya.

 

Menurutnya, beliau juga percaya tindakan Bersatu cuba menjalinkan kerjasama dengan Pas bertujuan menjernihkan kembali hubungan sesama pembangkang sekaligus merealisasikan harapan satu lawan satu pada PRU14.

 

“Bersatu nak jadi jambatan kepada Pakatan Harapan dan Pas. Mudah-mudahan ‘jambatan’ itu boleh membuatkan Pas tak letak calon dimana-mana kita bertanding dan begitu juga kita. Maknanya niat untuk satu lawan satu itu masih utama,” katanya.

 

Pas dan Bersatu baru-baru ini menubuhkan jawatankuasa teknikal yang dilihat sebagai satu inisiatif untuk melengkapkan usaha mewujudkan persefahaman dan kerjasama politik antara parti-parti pembangkang.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.