Jawatan Jamal Masih Kekal Hingga MT Umno Putuskan – Noh Omar

TANJONG KARANG – Jawatan Datuk Seri Jamal Md Yunos sebagai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sungai Besar setakat ini masih kekal sehingga diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO.

 

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, walaupun Jamal sudah menyerahkan surat peletakan jawatan namun keputusan sama ada menerima atau menolaknya bergantung kepada pengurusan parti.

 

Noh berkata, beliau menghormati keputusan Jamal meletak jawatan kerana prinsip tidak mahu sebarang tindakannya dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang beliau terajui membabitkan nama parti.

 

“Saya lihat Jamal seorang yang berjiwa besar, malah langsung tidak pentingkan jawatan. Setakat ini beliau masih Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dan Pengerusi BN Sungai Besar,” katanya.

 

Beliau berkata demikian sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan IBu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Agama Menengah (SAM) Tanjong Karang, hari ini yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Burung, Datuk Shahsuddin Lias.

 

Noh berkata, jawatan hanya akan digantung apabila ahli didakwa di mahkamah.

 

“Tapi kes Jamal ni, belum dikenakan sebarang pendakwaan tapi baru ditahan reman, beliau sudah ambil keputusan untuk letak jawatan…ni cukup beza dengan DAP dan PKR.

 

“Kalau dilihat pemimpin DAP dan PKR masih pegang jawatan walaupun dipenjara cukup lama…tak nak lepaskan jawatan. Sebab tu saya lihat, Jamal ikhlas dalam perjuangannya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.