Alas Kaki Ada Ayat Al-Quran Dilupus

 

 

MELAKA – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah melupuskan lima tan alas kaki daripada kain yang mempunyai lapisan helaian kertas mengandungi tulisan ayat al-Quran kelmarin.

 

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Rahimin Bani berkata, operasi yang menggunakan kaedah tanam dilakukan di sebuah tapak pelupusan khas di Sungai Udang di sini yang mengambil masa lebih dua jam bermula pukul 9 pagi, petik Kosmo.

 

Beliau berkata, operasi berkenaan disertai kira-kira 30 wakil dari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, SWM Environment Sdn. Bhd., Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Mufti Melaka dan Jabatan Penyelidikan JAIM.

 

“Semua alas kaki berkenaan dirampas dari gudang penyimpanan seorang peniaga di Krubong menggunakan dua lori Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah ke tapak pelupusan berkenaan,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.