Adam Rosly Disiasat Lebih 4 Jam

PUTRAJAYA  – Ketua Ang­katan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama lebih empat jam berhubung sumber pendapatannya.
Siasatan itu berhubung kekayaan luar biasa yang dimiliki Adam Rosly, 29, termasuk banglo di Kampung Melayu Ampang selain beberapa kereta mewah pada usia muda meskipun sebelum ini beliau membesar di kawasan se­tinggan, petik Utusan.

 

“Saya disoal siasat oleh pihak SPRM untuk menyatakan sumber pendapatan saya.
“Saya telah menyatakan semua (kepada pihak SPRM) dan saya hanya beri (keterangan) ke­pada pihak yang berkepenti­ngan,” katanya.

 

Terdahulu, Adam Rosly tiba di Ibu pejabat SPRM jam 8.15 pagi dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna hitam sambil diiringi dua pegawai peribadinya.

 

UMNO Bahagian Ampang sebelum ini membuat laporan kepada SPRM bagi menyiasat dakwaan kekayaan luar biasa yang dimiliki Adam.

 

Ketuanya, Datuk Ismail Kijo berkata, dalam usia yang begitu muda, Adam Rosly mampu memiliki sebuah banglo mewah di Ampang yang dianggarkan bernilai antara RM3 juta hingga RM4 juta.

 

Tegasnya, berdasarkan laporan portal Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Adam Rosly bukan sahaja memiliki banglo mewah berkenaan tetapi turut mempunyai beberapa buah rumah di tempat lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.