Seoul tingkatkan propaganda

Seoul: Tentera Korea Selatan semalam berkata, ia meningkatkan siaran propaganda di sempadan yang menyasarkan tentera Korea Utara sebagai protes terhadap pelancaran roket Pyongyang yang dikutuk masyarakat dunia.

 

Sejak bulan lalu, tentera menyiarkan campuran berita, mesej propaganda dan muzik K-pop di sempadannya dengan menggunakan pembesar suara berkuasa tinggi sebagai membalas ujian nuklear tindak balas terhadap Pyongyang pada 6 Januari lalu.

 

Ia turut menambah pembesar suara di sempadannya selepas pelancaran roket Korea Utara, Ahad lalu, kata jurucakap kementerian pertahanan kepada AFP.

 

“Kami sudah menghantar lebih banyak pembesar suara ke sempadan dan memanjangkan tempoh siaran untuk beberapa jam sehari sejak Ahad,” katanya.

 

Tentera dilaporkan menyiarkan propaganda itu – yang dibenci Pyongyang sehingga mengancam menyerang pembesar suara berkenaan – kira-kira enam jam sehari. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.