Video : Kementerian Warga Asing Akan Wujud

PETALING JAYA – Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) akan menghantar bantahan dan melakukan protes jika isu kebanjiran warga asing yang didakwa memonopoli premis perniagaan di negara ini tidak mampu ditangani secara berkesan oleh Kementerian Dalam Negeri.

 

Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah mendakwa, jumlah kewujudan pekerja asing di Malaysia secara keseluruhan seramai 11.5 juta dan angka ini amat membimbangkan.

 

“Rata-rata rakyat tidak setuju kewujudan pekerja asing di dalam negara khususnya warga Bangladesh.  Ikhlas bantah habis-habisan masalah ini. Perlu ke 11.6 juta ni? pemutihan 4.6 juta ini adalah salah. Sepatutnya mereka yang telah tamat kontrak dihantar balik ke negeri masing-masing. Tak betul cara hari ini membiarkan lambakan pekerja asing.

 

“Jangan wujudkan masalah ini. Menteri warga asing akan ditubuhkan, pendatang dan pekerja asing semakin bertambah. Sepatutnya perlu kawal pekerja asing. Apa yang akan berlaku kepada rakyat kita?

 

“Sepatutnya imegresen kawal syarikat yang memohon pekerja asing. selepas tamat kontrak halau mereka. Sekiranya isu ini masih tidak selesai kita akan lakukan protes dan menghantar memorandum dalam tempoh sebulan.

 

“Perkara ini walaupun menguntungkan kerajaan, tetapi merugikan rakyat,” tegasnya di sidang mdia di pejabatnya di Petaling Jaya.

 

 

Sebelum ini, Ikhlas telah menghantar memorandum pada tahun 2012 mengenai kebanjiran peniaga-peniaga warga asing kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM untuk mengambil tindakan.

 

Justeru, beliau menggesa kerajaan membendung kebanjiran peniaga warga asing yang menjejaskan pendapatan peniaga tempatan.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.