Chong Wei Belum Putus Sertai Program Podium

KUALA LUMPUR – Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei belum membuat keputusan untuk menandatangi Program Podium yang dikendalikan Institut Sukan Negara (ISN).

 

Beliau berkata beliau masih meneliti kontrak itu dan berharap ISN memahami tanggungjawab serta komitmennya dengan pihak penaja.

 

“Saya masih berbincang tentang program podium ini. Bagi saya kontrak amat sukar kerana saya berbeza dengan pemain lain. Saya telah baca kontrak itu.

 

“Saya tidak pasti saya boleh tanda tangan kontrak itu. Saya harap ISN memahami masa depan saya dengan pihak penaja,” katanya kepada pemberita di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini hari ini.

 

Turut tersenarai menyertai Program Podium ialah Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, Vivian Hoo dan Woon Khe Wei.

 

Program tersebut merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan untuk melahir pemain yang dapat menaiki podium secara konsisten dan berterusan dalam kejohanan besar seperti Sukan Olimpik, Sukan Paralimpik, Sukan Asia, Sukan Para Asia dan Sukan Komanwel.-BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.