Bekas CEO 1MDB Beri Keterangan Kepada PAC

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) meneruskan prosiding berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan memanggil bekas Presiden dan Ketua Eksekutif (CEO) syarikat itu, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi serta bekas Pengerusinya, Tan Sri Mohd Bakke Salleh, pagi ini.

 

Prosiding mengenai Pengurusan Kawalan Urus Tadbir Syarikat 1MDB yang berlarutan sejak Mei 2015 itu bermula pada jam 10.30 pagi, sebaik dua individu terbabit tiba di Bangunan Parlimen, di sini.

 

Esok adalah hari terakhir prosiding dan laporan penuh pengauditan syarikat pelaburan strategik kerajaan itu.

 

Laporan dijangka dibentangkan di Parlimen pada sesi persidangan Dewan Rakyat, bulan depan hingga April ini.

 

Bagaimanapun, pihak media tidak dibenarkan membuat liputan prosiding berkenaan. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.