Claire Brown Bakal Disiasat

KUALA LUMPUR : Penasihat Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao mengesahkan pihak berkuasa Britain akan membuka kertas siasatan terhadap editor Sarawak Report , Clare rewcastle Brown setelah menerima panggilan dari london.

 

Hal ini berikutan laporan yang telah dibuat oleh beliau pada minggu lepas.

 

“Hari Selasa saya akan hantar salinan dokumen yang serahkan di London kepada pejabat peguam negara untuk tindakan lanjut” katanya kepada media.

 

Ini berikutan dakwaan Lester Melanyi bahawa Claire dan beberapa individu lain telah memalsukan dokumen berkenaan 1 MDB dalam satu video yang dirakam.

 

Dalam pada itu, PMSP telah menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Tinggi British Di Malaysia agar Claire tidak campur tangan dalam sebarang urusan politik dinegara ini.

 

Terdahulu, Melanyi mendakwa laporan berkenaan isu 1 Malaysia Development (1MDB) yang dikeluarkan oleh Sarawak report telah diubah suai hampir 90 peratus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.