Zunar Ditahan Kerana Tweet ‘Barua Berjubah Hitam Bangga Jatuhkan Hukuman’

Kuala Lumpur – Empat orang pegawai polis berkumpul di hadapan rumah kartunis, Zulkiflee SM Anwar UlHaque untuk menahannya ekoran tweetnya di laman sosial Twitter.

 

Beliau yang lebih dikenali sebagai Zunar memberitahu wartawan bahawa akan ditahan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Dang Wangi dan percaya akan tidur di lokap pada malam ini.

 

“Saya didatangi empat orang polis diketuai oleh seorang anggota berpangkat tiga paku bernama Muniandi.

 

“Mereka berpakaian preman kecuali seorang anggota polis berpangkat ‘tiga paku’ yang berpakaian ‘highlight’,”ujarnya, memetik laporan Free Malaysia Today

 

Zunar mengakui kesemua anggota polis berada di pintu pagar luar rumahnya yang terletak di Pantai Dalam.

 

“Anggota polis itu memberitahu bahawa penahanan ini dilakukan atas arahan orang atasan kerana tweet di Twitter,” ujarnya lagi.

 

Penahan itu dipercayai susulan arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat Zunar dan juga dua orang lagi Ahli Parlimen yang lain, iaitu Ahli Parlimen Pandang, Rafizi Ramli dan juga Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming

 

Khalid melalui laman Twitter berkata polis perlu menyiasat segera kenyataan Zunar di laman berkenaan.

 

Terdahulu, kartunis itu dalam tulisannya di Twitter menyebut: “Barua berjubah hitam bangga jatuhkan hukuman. Habuan dari tuan politik pasti lumayan.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.