Wan Azizah Nafi Azmin Akan Terajui Pakatan Rakyat

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan Azmin antara calon pengganti Ketua Pembangkang dan menegaskan belum ada sebarang keputusan dibuat.

 

Jelasnya, perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang akan diadakan dalam masa terdekat.

 

“Mana dengar berita itu? Kita tak putuskan apa-apa lagi.

 

“Penggantinya akan dibincang kemudian, begitu juga calon bagi ahli Parlimen Permatang Pauh,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Politik PKR, malam tadi.

 

Mahkamah Persekutuan semalam menolak rayuan sabitan kes liwat II Anwar berdasarkan bukti ‘jelas’ bahawa Saiful telah diliwat oleh tertuduh.

 

Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan selepas mahkamah mendapatinya bersalah meliwat Saiful, tujuh tahun lalu.

 

Susulan daripada itu, Anwar lucut kelayakan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa seorang ahli Parlimen akan lucut kelayakan sekiranya dijatuhi hukuman penjara lebih setahun atau didenda lebih RM2,000. – The Rakyat Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.