Video: Nurul Izzah Mengelak Untuk Jawab Spekulasi Nurul Nuha Bertanding Di Permatang Pauh

Kuala Lumpur – Anak sulung Anwar, Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR berkata Pakatan Rakyat hanya akan memutuskan perkara itu minggu depan berhubung spekulasi adikynya Nurul Nuha akan bertanding di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.

 

Beliau mengelak ketika ditanya mengenai isu tersebut sambil menegaskan sidang media pada pagi ini bertujuan untuk memaklumkan tentang perhimpunan ‘Berarak Demi Kebebasan’ dan tidak berbangkit mengenai calon bagi pilihan raya kecil kawasan itu.

 

 

“Sukar untuk teruskan hidup dalam iklim politik di Malaysia terutama jika anda adalah pembangkang.

 

“Buat masa ini, ibu saya (Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) dan saya yang akan memimpin,” katanya kepada pemberita.

 

Sesetengah pihak mendakwa Anwar berhasrat untuk melihat Nurul Nuha bertanding di kerusi kubu kuatnya itu.

 

Anwar terpaksa mengosongkan kerusi tersebut ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya.

 

Beliau juga sebelum ini didakwa mengamalkan nepotisme kerana jawatan utama dalam PKR diisi anggota keluarganya – Wan Azizah menjadi presiden dan Nurul Izzah menjadi naib presiden.

 

Jika Nurul Nuha benar-benar menjadi calon di Permatang Pauh, ia mungkin akan menyukarkan Pakatan untuk memilih ketua pembangkang yang baru.

 

Isu pencalonan berkenaan, dan soal pelantikan ketua pembangkang yang baru bakal menjadi agenda utama dalam mesyuarat majlis pimpinan Pakatan, Jumaat depan.

 

 

Terdahulu Nurul Nuha melancarkan kempen “March to Freedom” selepas bapanya dihukum penjara, semalam.

 

Nurul Nuha berkata, kempen itu dilancarkan adalah kesinambungan perjuangan keluarga mereka ke atas bapanya sebelum ini.

 

“Perjuangan ini adalah bagi membebaskan ayahanda kami, dan memberi suara kepada rakyat yang menghadapi kezaliman. Marilah bersama kami dalam perjuangan ini ,sama-sama kita hentikan kezaliman ini,” katanya dalam sidang media di kediamannya, hari ini.

 

Katanya, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli akan menjadi ketua sekretariat kempen ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.