Video: Jemu Tonton TV, Pemuda Russia Bakar Diri & Terjun Bangunan

NOVOALTASYK – RUSIA. Hanya kerana berasa bosan menonton televisyen di rumah, seorang lelaki nekad membakar dirinya dan terjun daripada tingkat sembilan apartmen, semalam.

 

Bagaimanapun, lelaki berkenaan terselamat selepas terjatuh di atas gumpalan salji.

 

Alexander Chernikov, 23, kemudiannya ditahan pihak polis dan didenda kerana mengganggu ketenteraman awam, lapor Dailystar.

 

Ketika disoal polis, Chernikov berkata, dia perlu membuat sesuatu untuk menghilangkan bosan dan tidak menyesali melakukan aksi berkenaan.

 

Sementara itu, menurut Siberian Times, Chernikov dilaporkan memang meminati aksi ngeri dan berhajat menjadi seorang pelagak aksi ngeri profesional.

 

Tahun lalu,  Chernikov  dilaporkan membuat aksi sama dan membuat lompatan dari sebuah bangunan lima tingkat. – Sinar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.