Video: ‘Ini Masa Untuk Azmin Rampas Kuasa’

Kuala Lumpur – Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai), Muhammad Zahid Md. Arip berkata pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya berlakon kononnya mereka bersedih atas hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan keatas Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Menurut Zahid ia berdasarkan tindakan mereka sebelum ini ketika siri jelajah kempen yang dilakukan sebelum pilihanraya umum ke-14 (PRU14).

 

 

“Pada hemat saya, merekalah paling seronok apabila Anwar dihukum penjara, kerana sebelum ini mereka pusing satu Malaysia dan memberitahu kepada rakyat, kalau Anwar dipenjara nescaya graf (sokongan pengundi) akan naik 60 peratus.

 

“Dengan itu mereka boleh menang pilihanraya dengan senang sebab itu saya rasa mereka sedang berlakon untuk menipu rakyat”

 

ujarnya ketika sidang media di sini petang tadi.   Zahid seterusnya mengharapkan agar rampasan kuasa berlaku di dalam PKR.

 

“Saya turut menyeru kepada sahabat saya Yang Amat Berhormat Azmin Ali, agar jangan tunggu lagi kerana inilah saat dan ketikanya.

 

“Sekaranglah masa yang paling sesuai untuk dia menjatuhkan Wan Azizah sekaligus menghapuskan kroni-kroni Anwar di dalam PKR” uajrnya lagi.

 

Beliau seterusnya berkata Nurul Izzah adalah merupakan calon pilihan Anwar untuk mengisi kekosongan jawatan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

 

“Kalau awak tanya saya, antara Azmin atau Wan Azizah dia akan bagi pada Nurul Izzah.. ini memang perangai Anwar kerana dia tidak akan memberikan jawatan-jawatan penting kepada orang lain.

 

“Macam kerusi Permatang Pauh, saya yakin (sama ada) tok nenek, mak bapak atau anak-anak dia yang akan mengisi kekosongan tersebut kerana ia merupakan ‘hot seat'” katanya lagi.

 

Beliau turut percaya, Anwar telahpun memberikan ‘wasiat’ agar kerusi Ketua Pembangkang diberikan kepada Nurul Izzah kerana jawatan tersebut mempunyai elaun khas dan kedudukan yang istimewa.   Terdahulu Zahid turut mengumumkan pembubaran NGO Tibai setelah Ketua Umum PKR, Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun, semalam.

 

Menurut Zahid, perjuangan mereka telah selesai apabila Anwar dipenjara dan tidak adil untuk terus melawan memandangkan ‘tangan’ pembangkang itu terikat.

 

“Ini sidang media terakhir Tibai. Saya umumkan Tibai dibubarkan secara rasmi. Kami puas hati dengan apa yang diperjuangkan selama ini,” katanya lagi.

 

Tibai ditubuhkan oleh bekas-bekas pemimpin PKR dan dilancarkan secara rasmi pada 22 April 2012 lalu di Kelab Sultan Sulaiman.

 

Penubuhan Tibai disertai oleh 28 individu yang merupakan bekas pengasas PKR, antaranya Senator Mohd Ezam Mohd Noor; Senator Datuk S Nalakaruppan; bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari; Yang Dipertua Perkasa Negeri Sembilan, Ruslan Kassim; bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah; Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin; bekas pembantu Anwar, Rahimi Osman dan Ng Lum Yong.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.