Video: Amerika Perlu Cermin Diri Sebelum Bercakap Soal Hak Asasi – Zul Nordin

Kuala Lumpur – Bekas peguam Anwar Ibrahim, Datuk Zulkifli Nordin hari ini menyelar tindakan biadap kerajaan Amerika Syarikat kerana cuba campur tangan dalam hal ehwal negara ini.

 

Beliau yang ditemui sebentar tadi berkata negara yang cuba menjadi polis dunia itu sepatutnya menjadi negara yang terakhir membuat kenyataan berhubung hak asasi manusia.

 

 

“Amerika sepatutnya jadi negara terakhir kalau nak komen tentang hak asasi kerana rekod mereka terlalu cemar dengan pencabulan hak asasi manusia.

 

“Pada saya AS tidak mepunyai kredibiliti untuk menegur kita” ujarnya ketika sidang akhbar pembubaran NGO Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) hari ini.

 

Amerika Syarikat hari ini melahirkan kebimbangan terhadap hukuman penjara kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan cuba mempersoal keadilan sistem kehakiman negara ini.

 

Jurucakap Rumah Putih Bernadette Meehan berkata AS “sangat bimbang” dengan sabitan kes terhadap Anwar dan kedaulatan undang-undang di Malaysia.

 

Menurut bekas ahli parlimen Kulim Bandar-Baharu itu lagi kerajaan Malaysia sepatutnya memberikan nota bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat kerana tindakan yang

 

“Saya cadangkan supaya Wisma Putra panggil Duta Besar Amerika dan beri nota bantahan supaya tidak campur tangan dalam hal-ehwal Malaysia.

 

“AS kena cermin dirinya, kalau kita tengok tahanan-tahanan di ‘Guantanamo Bay’ sudah cukup menunjukkan rekod mereka dan pada saya mereka tidak layak lansung untuk bercakap tentang hak asasi atau hak bela diri” uajrnya lagi.

 

 

LAPORAN VIDEO MENYUSUL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.