Video: ‘Ada Orang Nak Bunuh Saya’

Kuala Lumpur -Hanya kerana tidak menyokong ‘perjuangan untuk membebaskan’ Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menerima pelbagai ugutan dan ancaman.

 

Menurut Muhd Hudzaifah Shubli bin Yasin yang ditemui SuaraTV semalam, selepas selepas insiden pergaduhan yang berlaku di perkarangan Istana Kehakiman itu, beliau bukan sekadar dimaki hamun dengan kata-kata kesat malah ada pihak-pihak tertentu yang cuba mengancam nyawanya.

 

“Banyak ugutan yang saya terima dari penyokong Keadilan (PKR), tadi pun dah ada orang provoke (ancam) nak cari saya di Gombak.

 

 

“Dah ada orang Cina dan Keadilan (PKR) yang nak bunuh saya” ujarnya ketika ditemui SuaraTV semalam.

 

Mahasiswa tahun akhir jurusan Sains Politik itu turut menjelaskan, apabila melihat masyarakat Islam dan Melayu di negara ini sering bergaduh (hanya kerana fahaman politik) beliau merasa terpanggil untuk mengedar pandangannya.

 

“Kehadiran saya pagi tadi (semalam) hanya untuk mengedarkan cadangan mengenai kerangka idea Malaysia yang pada pendapat saya sesuai.

 

“Kita ada idea, kita bagilah, bukan saya paksa untuk orang ikut” ujarnya lagi.

 

Namun tindakan itu telah disalah ertikan oleh para penyokong Anwar Ibrahim hingga berlaku provokasi yang tidak sepatutnya.

 

Menurutnya lagi ekoran insiden tersebut beliau mengambil keputusan untuk beriktikaf di masjid bagi mncari ketenangan.

 

Hudzaifah turut menjelaskan pihaknya tidak akan mengambil sebarang tindakan atau membuat laporan polis bagi melindungi keselamatan dirinya.

 

“Saya rasa tak payah (laporan polis), kerana saya telah mewakafkan diri kepada Allah SWT dan sekiranya Allah mahu saya mati, pasti saya akan mati.

 

“Takutlah kita kepada Allah dan bukannya kepada makhluk” katanya.

 

Berikut adalah rakaman berhubung insiden tersebut:

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.