Tidak Perlu Pertikai Keputusan Mahkamah – Dr Mohd Asri

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa keputusan Kes Rayuan Liwat ll Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah diputuskan Mahkamah Persekutuan semalam tidak perlu dipertikai berulang kali.

 

Merujuk kenyataan Anwar di Twitter sejurus dijatuhkan hukuman: ‘Allah is my witness. I will be not silent. I will never surrender”, ia seolah menggambarkan pendirian berbeza ketua pembangkang itu apatah lagi peguam kanan pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam fakta hujahnya menyatakan Anwar enggan bersumpah dengan al-Quran berbanding Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat sumpah laknat sebanyak dua kali.

 

“Siapa benar, siapa salah, Allah Maha Mengetahui. Mahkamah dunia, satu mahkamah tetapi sebagai muslim kita harus percaya wujud mahkamah yang diadili Tuhan,

 

“Kita percaya bahawa yang mana menzalimi orang di dunia ini sekalipun terlepas di dunia, tidak akan terlepas di sana. Allah berkuasa menaikkan seseorang dan menurunkan seseorang.

 

“Tidak perlu membahas isu peribadi Anwar ini dan jika kita berpatah balik berbincang isu Anwar, kita akan ulang lagi skrip ini.

 

“Kita perlu terus ke hadapan untuk melihat bagaimana hendak menguruskan negara ini dengan pentadbiran yang lebih baik,” katanya ketika dihubungi Malaysian Digest. – MD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.