Tiada Layanan Istimewa Untuk Anwar Di Penjara

Tiada sebarang layanan istimewa akan diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang tempoh lima tahun beliau menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh kerana Jabatan Penjara perlu berlaku adil kepada semua banduan.

 

“Kita tidak boleh beri layanan ‘lima bintang’ kepada bekas orang kenamaan atau jutawan yang dipenjara selepas disabitkan kesalahan, manakala pengemis pula dalam keadaan teruk.

 

“Semua pihak yang didapati bersalah oleh mahkamah, mendapat layanan yang sama daripada Jabatan Penjara.

 

“Bagaimanapun, Jabatan Penjara boleh memberi kemudahan kepada penghuni penjara atas sebab tertentu, seperti isu perubatan,” kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

 

Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zukifli Omar katanya, boleh pertimbangkan kemudahan tertentu jika banduan berdepan masalah kesihatan dan akan membuat keputusan berdasarkan laporan kesihatan yang diterimanya.

 

Menurutnya, ahli keluarga Anwar dibenarkan melawat ketua umum PKR itu pada hari dan waktu yang ditetapkan Jabatan Penjara.

 

“Selain itu, pertubuhan bukan kerajaan seperti Bulan Sabit Merah Malaysia juga boleh memohon untuk melawat Anwar. Ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pelawat,” katanya. – BNBBC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.