Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) Selangor Dihina

Mungkin kerana marah dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari Azlan, seorang pengguna Facebook telah memuat naik foto Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) Selangor dan menamakannya sebagai Pingat Jub*r Kebanggaan (UMNO).

 

“Ini contoh Pingat “P.J.K” – kaloo yg nie kepunyaan Negeri Selangor…. Anyway, den tanak citer lanjut pasal Pingat nieh, cuma nak mencadang kepada Presiden UMNO Datuk Sri Najib Razak, TOLONGLAH bagik Pingat seperti ini kepada Saiful Bukhari Azlan…. KEKALKAN AKRONIM PJKnyee…. Tetapi membawa maksud: “PINGAT JUB*R KEBANGGAAN (UMNO) – P.J.K,” demikian tulis pengguna tersebut.

 

Tindakan biadap itu dilakukan oleh seorang pengguna yang menggunakan nama Abu Raed dan berdasarkan banyak status yang tersiar di akaun sosial Facebook miliknya, pengguna terbabit dipercayai merupakan penyokong tegar Anwar yang tidak dapat menerima hakikat keputusan Mahkamah Persekutuan semalam.

 

Kemarahan yang diluahkan agak tidak kena tempatnya. Seperti sudah hilang kewarasan sehingga pingat yang biasa dianugerahkan oleh pihak Istana kepada rakyat yang menabur jasa bakti pun dijadikan bahan untuk melampiskan nafsu amarah.

 

Penghinaan sebegini tentunya tidak boleh dimaafkan, perlu ada tindakan susulan oleh pihak berkuasa menyiasat perkara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.