Pimpinan PKR Mahu Berarak Di Jalanraya Untuk Jatuhkan Kerajaan

Kuala Lumpur – Pemimpin PKR nampaknya kecewa dengan keputusan mahkamah yang tidak menyebelahi nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Selepas mendapat tahu keputusan, para penceramah parti itu mahu keadilan ‘ditegakkan’ melalui perarakan di jalan raya.

 

Seorang pemimpin PKR Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin semasa berceramah di pekarangan Istana Kehakiman menyeru orang ramai supaya tidak lagi mempercayai sistem mahkamah.

 

“Selepas ini, kita jangan pakai mahkamah-mahkamah dah..kita ramai-ramai berarak di jalan raya,” katanya, lapor MalaysiaGazette.

 

Exco Kerajaan Pulau Pinang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya itu kesal dan seperti biasa, mendakwa ia merupakan campur tangan UMNO dalam keputusan kes Anwar.

 

Terdahulu, beberapa pemimpin PKR dan pembangkang yang berceramah juga seakan-akan memberi signal selepas ini akan berlaku perhimpunan beramai-ramai di jalan raya seperti gerakan reformasi sebelum ini.

 

Penyelaras perhimpunan, Fariz Musa juga mahu para penyokong Anwar supaya bersiap sedia untuk tindakan selanjutnya bagi membela Anwar dan ‘menjatuhkan’ kerajaan Barisan Nasional termasuk berhimpun di jalan raya. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.