Perhimpunan Anwar Benda Bodoh – Syed Ali

Kuala Lumpur – Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menentang sekeras-kerasnya tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bakal menganjurkan perhimpunan Bebas Anwar ‘Solidariti Anwar Ibrahim’ bermula 9 malam ini (11 Februari) di hadapan Penjara Sungai Buloh pada setiap hari.

 

“Perhimpunan ini adalah benda yang ‘bodoh’. Saya berharap pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan dan ‘full stop’.

 

“Undang-undang telah diberi dan dilaksanakan dengan bebas, Anwar sudah diberi masa yang cukup untuk mempertahankan dirinya tanpa campur tangan mana-mana pihak,” katanya ketika dihubungi Malaysian Digest.

 

Menurutnya, penyokong Anwar sepatutnya menerima keputusan yang dibuat mahkamah seperti mana UMNO dan Barisan Nasional boleh menerima apa saja keputusan.

 

“Anwar kena terima hakikat bahawa beliau memang meliwat. Suka tak suka, Anwar peliwat!

 

“Dalam kes Anwar, pihak pembela dan pendakwaraya memang tahu Anwar meliwat. Terima kenyataan dan hormati undang-undang.

 

“Kalau undang-undang mereka tidak boleh terima, negara tidak akan menjadi aman,” katanya.

 

Apabila diajukan kepada beliau, adakah penyokong Anwar ini seperti tidak ada cara lain selain berhimpun dan ‘merusuh’, Syed Ali berkata:

 

“Setiap kali perhimpunan, mereka akan berhimpun, provok dan berteriak. Bagi saya, mereka kena buka minda.

 

“Jangan jadi katak bawah tempurung dan fikirlah dengan waras. Saya khuatir kalau mereka ini benar-benar berhimpun setiap hari untuk Anwar Ibrahim akan merosakkan diri mereka sendiri dan masyarakat.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.