MILF Hormati Proses Damai

MANILA – FILIPINA . Kumpulan pemberontak Islam terbesar di Filipina berjanji untuk memulangkan semula senjata api dirampas daripada komando polis yang terbunuh dalam pertempuran berdarah di bandar perladangan Mamasapano, bulan lalu.

 

Kenyataan itu dibuat ketua perunding bagi pihak gerila semalam, dalam usaha menyelamatkan rundingan damai dengan kerajaan.

 

Seramai 44 komando polis maut dalam pertempuran secara tidak sengaja dengan kumpulan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) ketika operasi memburu suspek militan, Zulkifli Hir atau dikenali sebagai Marwan di Maguindanao.

 

“MILF telah memutuskan untuk memulangkan semua senjata api atau apa-apa barang peribadi milik anggota komando yang terkorban sebagai menghormati proses damai,” kata Mohager Iqbal.

 

Menurut Iqbal lagi, MILF juga berjanji untuk hadir pada sesi pendengaran awam berhubung insiden yang berlaku pada 25 Januari itu bagi menunjukkan keikhlasan mereka terhadap proses rundingan damai. – Reuters / Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.