Jangan Fitnah Hadi Dalam Kes Anwar

Kuala Lumpur – Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub memberitahu ketidakhadiran Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa keputusan kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi disebabkan mempunyai program bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Terengganu.

 

Justeru beliau tidak mahu mana-mana pihak membangkitkan soal PAS tidak hadir menyokong Anwar.

 

“Saya difahamkan beliau ada perjumpaan bersama SPRM di Terengganu. Perjumpaan itu telah lama diaturkan, mungkin sebab itu beliau tidak dapat hadir semasa keputusan kes Anwar hari ini.

 

“Jadi ketidakhadiran Hadi tidak perlu dijadikan isu kerana pagi tadi ada kepimpinan kanan PAS yang hadir bagi sokongan,” katanya ketika ditemui dalam satu majlis makan malam di Dewan Sivik MBPJ malam ini.

 

Menurut Salahuddin lagi, Hadi hadir dalam perjumpaan itu atas permintaan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim.

 

Namun intipati perjumpaan itu tidak dapat dipastikan.

Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar kerana melibat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

 

Beberapa pemimpin kanan PAS hadir di mahkamah namun ketiadaan Hadi menjadi tanda tanya dan diungkit oleh sesetengah pihak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.