ISN Nafi Jadi Punca Kelewatan Perbicaraan Kes Doping Libatkan Chong Wei

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz menafikan pihaknya sebagai punca kelewatan perbicaraan kes doping membabitkan Datuk Lee Chong Wei.

 

Beliau menegaskan bukan menjadi tanggungjawab ISN untuk mengumpul bahan bukti kes.

 

Ramlan juga menegaskan pihak ISN sudah memberi sepenuh bantuan dan kerjasama kepada peguam Chong Wei dalam memastikan setiap maklumat membabitkan latar belakang serta teknikal dapat mengukuhkan lagi proses pembelaan pemain badminton nombor satu Malaysia itu.

 

Minggu lalu, Datuk Lee Chong Wei melahirkan rasa kesal dengan kes doping yang terus tertangguh hingga melahirkan hasrat menggantung raket seandainya kes doping itu masih tiada titik noktah.

 

Bagi Ramlan, ISN tiada kuasa untuk mempengaruhi tarikh perbicaraan Chong Wei kerana ia merupakan tanggungjawab Persatuan Badminton Malaysia (BAM).- Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.