Hakim Mahkamah Dibayar, Rafizi Disiasat Bawah Akta Hasutan

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 kerana didakwa memburukkan sistem kehakiman negara.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan siasatan itu dibuat ke atas Rafizi menerusi akaun Twitternya hari ini.

 

“Siasat juga tweet ini yang cuba menghasut rakyat mempercayai hakim dibayar,” katanya merujuk kepada Twitter Rafizi.

 

Terdahulu, Khalid turut mengeluarkan arahan untuk menyiasat kenyataan Pengerusi DAP Perak yang juga Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dan juga kartunis Zunar di bawah akta yang sama.

 

Twitter yang disiasat itu dipercayai merupakan reaksi yang sama terhadap keputusan rayuan kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Anwar dijatuhkan hukuman lima tahun penjara berkuatkuasa serta merta hari ini setelah rayuannya gagal.

 

Beliau dihantar ke penjara Sungai Buloh sebaik sahaja pengumuman keputusan itu dibuat di Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.