Gambar Saluran Televisyen Digital Percuma Malaysia Lebih Berkualiti

Kuala Lumpur – Saluran televisyen percuma Malaysia yang dijadual menggunakan sistem digital pada 2015, akan membolehkan penonton menikmati gambar dan audio lebih berkualiti berbanding penerimaan analog yang
digunakan sekarang.

 

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, gambar serta audio yang lebih berkualiti itu adalah hasil pertukaran sistem analog sedia ada kepada perkhidmatan penyiaran Televisyen Digital Terestrial (DTT).

 

“Kalangan penggiat industri dan penonton akan menikmati pelbagai kelebihan perkhidmatan DTT yang ditawarkan MYTV Broadcasting Sdn Bhd di bawah perkhidmatan lima terasnya,” katanya dalam satu kenyataan selepas merasmikan seminar anjuran  MYTV, hari ini.

 

Seminar pertama yang penyertaannya hanya menerusi jemputan, diadakan khusus bagi kalangan profesional dalam bidang penyiaran.

 

Seminar berikutnya dijadualkan pada April dan Jun depan.

 

MYTV dianugerahkan lesen oleh kerajaan untuk menguruskan kemudahan infrastruktur dan rangkaian bagi perkhidmatan DTT di Malaysia.

 

Jailani turut mengingatkan kalangan penggiat industri supaya menarik dan memahami minat penonton mereka mengikut genre tertentu.

 

“Penggiat industri perlu menawarkan penonton mereka aspek kandungan atau program yang berteraskan konsep interaktif dan jaringan yang diharapkan dapat membentuk kandungan generasi seterusnya,” katanya.

4 thoughts on “Gambar Saluran Televisyen Digital Percuma Malaysia Lebih Berkualiti

  • March 25, 2015 at 11:58 pm
    Permalink

    saya alu-alukan tv digital tersebut

    Reply
  • May 16, 2015 at 5:18 pm
    Permalink

    Dengan adanya mytv.rakyat blh mngurangkn bebeban tiap2 bln mmbayar bill astro.sy mngalu2kn niat murni kerajaan membantu rakyat.

    Reply
  • May 25, 2015 at 6:29 pm
    Permalink

    Saya berharap agar MYTV dapat menyiarkan secara siaran langsung tv Singapura, tv Brunei dan tv Indonesia serta saluran antarabangsa yang terpilih. Terima kasih.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.