‘Escort Girl’ : 24 Jam Dia Bersama, Sampai Orang Meluat Tengok – Tasha

Petaling Jaya – Aktres Tasha Shila menegaskan hubungan cinta dengan kekasihnya yang bernama Han Chen tidak tergugat gara-gara dakwaan dirinya merupakan salah seorang daripada gadis peneman (escort girl).

 

Menurut pelakon drama Tabir Zulaika ini, dia sentiasa bersama dengan buah hatinya itu akan menemani ke mana saja dia pergi dan apa yang dilakukan.

 

“Hubungan Tasha dan kekasih tidak tergugat dengan benda-benda macam ini. Setiap 24 jam dia akan bersama Tasha sampai orang meluat tengok”, katanya kepada sebuah blog hiburan.

 

Tasha bagaimanapun terkejut dengan dakwaan dia salah seorang escort girl namun menganggap perkara tersebut terlalu sensitif dan tidak mahu memberikan sebarang komen.

 

“Ini benda sensitif dan Tasha tak mahu komen apa-apa. Tasha akan serahkan hal ini kepada peguam. Zaman sekarang ini, manusia sendiri yang goyangkan pokok. Tak ada angin pun pokok boleh bergoyang. Sendiri kena ingat.

 

Tasha cari rezeki yang halal. Doakanlah Tasha,” katanya. – Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.