Dewan Ulama Pas Simpati Nasib Anwar

KOTA BHARU – Dewan Ulama Pas Pusat mendoakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli keluarga beliau dapat melalui ujian dengan sabar.

 

Ia susulan Mahkamah Persekutuan semalam, menolak rayuan Anwar untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas terhadap sabitan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

 

Pemangku Ketuanya, Datuk Ahmad Yakob berkata, beliau simpati dengan penahanan yang agak lama perlu dijalani oleh Penasihat PKR tersebut.

 

“Saya simpati dengan Anwar dan ahli keluarganya atas hukuman yang agak berat diputuskan oleh mahkamah pada hari ini (semalam).

 

“Pada hakikatnya kita lebih selesa dengan hukuman syarak berbanding hukuman sivil dalam kes seumpama ini, yang mana hukuman syarak lebih cermat dan memberi keadilan kepada yang dituduh,” katanya menerusi kenyataan media, semalam. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.