Angin Kencang, Laut Bergelora Berterusan Sehingga Sabtu

KUALA LUMPUR – Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah, Labuan dan Sarawak diramal berterusan sehingga Sabtu ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia angin kencang timur laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan ombak setinggi 3.5 meter adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Menurut kenyataan itu lagi angin kencang timur laut kategori pertama yang melanda kawasan perairan Samui, Tioman, Condore, Bunguran, Reef South, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulu turut dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.

Ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak (Rejang, Mukah, Bintulu dan Miri), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (pedalaman, pantai barat, Kudat dan Sandakan), Reef South, Reef North, Layang-Layang dan Sulu pula dijangka berterusan sehingga tengah hari ini.

Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter serta berbahaya kepada bot-bot kecil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.