Laman FB SPRM Dihujani Sindiran Netizen Gara-Gara Tommy Thomas, Latheefa Koya

KUALA LUMPUR – Laman Facebook (FB) rasmi Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihujani komen-komen sinis pengguna media sosial (netizen) yang menyindir kewibawaan agensi kerajaan itu.

Salah satu status di FB SPRM yang menjadi tumpuan netizen ialah kenyataan media agensi itu yang meminta orang ramai berkongsi maklumat mengenai seorang lelaki bagi menyelesaikan siasatan kes.

Bersama kenyataan itu dilampirkan sekeping gambar hitam putih dipercayai dari Kad Pengenalan lelaki berkenaan.

“#SPRM… Gambar kabur, kurang jelas. Nama dan alamat tu tulen. Susah nak buat pengecaman kalau kabur.

“Mohon pihak SPRM buat pintasan panggilan suspek. Lepas itu buat sidang media, dan siar pada umum. Senang netizen kesan, kalau ada audio,” ulas seorang netizen, Pok Cik Hjr secara sinis.

Netizen lain turut berkongsi pandangan hampir sama yang kebanyakannya bernada sinis dan menyindir SPRM.

“Gambar resolusi rendah polis pun tak dapat cam. Inikan pula orang awam. Kalau ada audio memang boleh tangkap punya orang ni.

“Harap KP SPRM dedahkan rakaman audio dia dan isterinye kepada awam bagi tujuan orang awam dapat dengar, senang public dan klasifikasikan jenis2 hukum kepada penjenayah ini,” kata Norizal Mohd.

“AG kata resolusi rendah tak ada pendakwaan perlu dibuat. Betul ke,” soal Mohamad Syafiq pula.

Komen-komen sinis berkenaan dipercayai merujuk kepada kenyataan Peguam Negara, Tommy Thomas yang memutuskan tidak mendakwa pelaku dalam video kontroversi semburit dan isu pendedahan rakaman audio melibatkan Ketua Pesuruhajaya SPRRM, Latheefa Koya.

Sementara itu, tinjauan SuaraTV di laman yang sama mendapati beberapa netizen lain meluahkan rasa simpati dengan nasib SPRM selepas kewibawaannya menjadi bahan tawa dan sindiran netizen.

“Tidak pernah terjadi FB page agensi kerajaan dikecam sebegini teruk,” kata Man Gunung.

“Kesian SPRM. Sejak KP baru ni, SPRM dah dipandang rendah. Imej SPRM dah tidak dihormati. Kesiaaannn,” ulas Emi Hezmi. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.