ADUN Semenyih Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – ADUN Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor, meninggal dunia, dipercayai akibat serangan jantung awal pagi ini.

Perkara ini disahkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah, dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Allahyarham Bakhtiar, 57, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.45 pagi ini di Hospital Kajang.

“Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga beralamat di Bt 19, Jalan Sungai Lalang, Kolam Memancing Teratak Tekala, Semenyih dan akan disembahyangkan sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Pasir, Semenyih.

“Jenazah kemudian akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir.

“Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tuan Mohd Bakhtiar bin Mohd Nor. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan di kalangan golongan yang soleh,” katanya.

Ini sekaligus menyaksikan Selangor akan menghadapi pilihan raya kecil (PRK) keempat dalam tempoh lapan bulan selepas PRU14, Mei tahun lalu.

Sebelum ini, Selangor menyaksikan tiga PRK ekoran kematian wakil rakyatnya iaitu Sungai Kandis, Balakong dan Seri Setia.

Pada PRU14 lepas, Allahyarham Bakhtiar yang juga Ketua Bahagian Bersatu Hulu Langat memenangi kerusi Semenyih dengan majoriti 8,964 undi mengalahkan Datuk Johan Abd Aziz (Barisan Nasional), Mad Shahmidur Mat Kosim (PAS) dan S. Arutchelvan (PSM). -SuaraTv 

One thought on “ADUN Semenyih Meninggal Dunia

  • January 11, 2019 at 9:44 am
    Permalink

    Alfatihah buat allahyarham semoga diampuni dosa2 nya ditempatkan kalangan org2 beriman…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.