Video: PAN Terima Hakikat Pembahagian Kerusi Pilihan Raya

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) terpaksa menerima hakikat berkenaan menerima 27 kerusi untuk kawasan Parlimen di semenanjung, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini.

Menurut Pengarah Pilihan Raya PAN, Dr. Hatta Ramli, keputusan ini terpaksa diterima kerana Pakatan Harapan (PH) melibatkan kerjasama di antara beberapa parti.

“Semua parti ada jentera di semua kawasan, oleh yang demikian semua parti harap kawasan mereka dapat bertanding.

“Itu kalau kita bertanding satu parti, tapi bila kita bersatu dalam beberapa parti, kita mesti menerima hakikat, bukan pengorbanan sangat tapi hakikat kerusi mesti diagih-agihkan,”katanya ketika sidang media di Wisma PAN tadi.

Tambahnya lagi, sekiranya mengambil kira rasa tidak puas hati parti, nescaya parti-parti lain akan turut mempunyai rasa tidak puas hati.

“Jadi kalau ada yang tidak puas hati, bukan hanya satu parti sahaja, pasti semua parti ada yang tidak puas hati.

“Dalam bab kerusi tidak puas hati, dan dalam bab manifesto pun tidak puas hati lagi.

“Sebagai kelompok demokrasi Pakatan Harapan, harus menerima hasrat perbincangan,”ujarnya.

Namun katanya lagi perbincangan akan terus dilakukan bagi membincangkan pertukaran kawasan Parlimen atau calon parti bertanding di kawasan yang diberikan kepada parti komponen.

Untuk PRU-14, di Semenanjung Malaysia, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan bertanding di 52 kerusi Parlimen, PKR (51), DAP (35) dan PAN (27).

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.