Perjanjian Dengan PH Ada Nilaikah Bagi Mahathir?

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 10 Januari 2018

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat memberi jaminan kepada penyokong mereka bahawa Mahathir telah menandatangani perjanjian untuk meminta pengampunan untuk Anwar dan mengosongkan jawatan Perdana Menteri.

Mereka berkata, jangan risau. Mahathir telah menandatangani perjanjian itu.

Pertama sekali, perjanjian sedemikian adalah perjanjian sivil dan tidak ada peruntukan di bawah undang-undang bahawa perjanjian itu harus dihormati dan dipenuhi.

Jika Mahathir tidak mahu menghormati perjanjian itu, yang terbaik yang boleh mereka lakukan ialah menyaman Mahathir di mahkamah sivil, yang akan mengambil masa bertahun-tahun.

Dan jikalau pun Mahathir kalah dalam mahkamah, beliau boleh membuat rayuan dan proses itu akan mengambil masa beberapa tahun. Dan walaupun beliau kalah rayuannya, beliau boleh membuat rayuan lagi di Mahkamah Persekutuan, yang mana itu juga akan mengambil masa beberapa tahun.

Sama seperti perjanjian terakhir yang Tokong tandatangani dengan Ketua PAS Hadi Awang sebaik sebelum PRU13 di mana DAP bersetuju bahawa PAS boleh mengejar agenda negara Islam mereka, yang mana termasuklah Hudud.

Dan kita semua tahu apa terjadi dengan perjanjian LGE-Tokong itu dan sama ada DAP menghormati perjanjian itu atau tidak.

Masih mahu fikir perjanjian yang ditandatangani antara anda dengan Mahathir itu mempunyai nilai?

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.