Kesan GST Adalah Sementara – Eric See To

Tulisan asal oleh:
Eric See-To, Facebook Eric See-To, 11 Januari 2018

Untuk semua tuduhan bahawa GST adalah punca utama semua inflasi, realitinya adalah bahawa kesannya adalah sementara – sama seperti perubahan ketara dalam undang-undang cukai.

Jika anda melihat kadar inflasi sebelum GST dilaksanakan sejak sepuluh tahun lalu atau 50 tahun yang lalu, akan ada tempoh di mana inflasi naik mendadak tetapi kadar inflasi Malaysia secara keseluruhannya dapat dikawal dengan agak baik.

Inflasi telah berlaku setiap dekad di setiap negara di dunia dan akan terus berlaku.

Malah, inflasi telah berlaku sejak zaman Nabi.

Selagi permintaan dan ekonomi kekal kukuh, akan ada beberapa kenaikan harga tetapi ini dapat dikurangkan dengan peningkatan pendapatan isi rumah yang lebih tinggi yang meningkat hampir dua kali ganda kepada RM5,228 pada 2016 daripada RM2,380 pada tahun 2009.

Satu-satunya masa apabila inflasi menjadi sifar atau negatif adalah apabila ekonomi runtuh dan rakyat tidak mempunyai wang untuk membeli – bermakna permintaan jatuh.

Sebarang perubahan dalam cukai akan menyumbang kepada inflasi tetapi ini adalah kesan SEKALI sahaja. GST, sama seperti sebarang perubahan dalam cukai, tidak boleh dengan sendirinya menyumbang kepada peningkatan inflasi yang berterusan atau menukar kadar inflasi selepas tempoh awal pengenalannya.

Kini sudah hampir 3 tahun sejak GST dilaksanakan dan ia tidak lagi mungkin untuk GST terus mempengaruhi kadar inflasi memandangkan kadar GST tidak meningkat sejak ia dilaksanakan.

Berikut adalah artikel yang bagus mengenai kesan jangka panjang GST (atau VAT) terhadap inflasi: http://www.rediff.com/money/2005/apr/16vat.htm

Jika anda percaya ini mungkin, maka anda perlu mempercayai bahawa cukai jualan atau perkhidmatan yang diperkenalkan di Malaysia beberapa dekad lalu juga akan menyumbang kepada inflasi untuk beberapa dekad. Ia sememangnya tidak mungkin.

Seperti yang dijelaskan di atas, perubahan dalam cukai akan menghasilkan peningkatan inflasi untuk sekali sahaja. Dalam kes Pakatan, mereka berhasrat untuk mengekalkan GST tetapi mengurangkannya kepada 0% dan melaksanakan kembali Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan sambil memperkenalkan Cukai Warisan serta Cukai Keuntungan Modal.

Perubahan baru dalam cukai yang dicadangkan oleh Pakatan ini pasti akan menghasilkan satu lagi kitaran inflasi apabila peniaga akan menggunakan ini sebagai alasan untuk menaikkan harga sekali lagi dengan mendakwa mereka perlu menanggung cukai baru dan juga perlu membayar kos pentadbiran untuk mengekalkan sistem GST.

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/EricSeeTo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.