Heboh Skandal Anak Benjamin Netanyahu, Mabuk Dan Pinjam Wang Untuk Bayar Penari Bogel

Karier politik Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kini terancam. Ancaman itu datang daripada rakaman video anaknya, Yair Netanyahu, yang dirakam secara rahsia pada tahun 2015.

Rakaman ini tersebar luas di Israel. Dalam rakaman suara, Yair itu dalam keadaan mabuk  di sebuah kelab penari bogel.

Dia berbual dengan Kobi Maimon, anak seorang hartawan Israel.

Dalam rakaman ini Yair dikatakan sedang mabuk dan bercakap tentang meminjam wang untuk membayar penari bogel.

“Pelayan di sana sedang tidur,”

“Bapa aku sudah memberikan tender 20 bilion dollar AS pada bapa kau dan kau mengeluh ketika aku pinjam wang 400 shekel,” kata Yair lagi. Wang yang dimaksudkan untuk dipinjam itu adalah bagi  menyewa pelacur.

Rakaman suara ini disiarkan television Israel, Channel 2.

Yair Netanyahu dalam pada itu mengakui bahawa  itu adalah suaranya dan mendakwa ketika itu dia hanya bergurau.

Namun rakaman itu tamparan hebat untuk Netanyahu dan apa yang diperkatakan oleh Yair mengenai perjanjian antara Netanyahu dengan Kobi Maimon dikatakan betul.

Kobi Maimon dikenali sebagai pemilik syarikat gas Israel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.