42 Juta Tontonan YouTube

Penyanyi muda Aiman Tino diiktiraf Malaysia Book Of Records selepas muzik video Ku Rela Dibenci mendapat jumlah tontonan tertinggi di YouTube.

Sehingga kini, lagu ciptaan kedua-dua ibu bapanya, Yusri dan Riena itu mendapat lebih 42 juta jumlah tontonan di YouTube.

Aiman bagaimanapun tidak menyangka muzik video single sulungnya itu mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records.

“Saya tidak sangka dan terkejut apabila lagu tersebut tersenarai sebagai lagu paling banyak tontonan.

“Lagu itu sangat bermakna dalam hidup saya kerana disitulah bermulanya kerjaya sebagai anak seni,” katanya memetik laporan Kosmo.

Aiman menambah, majlis penyerahan sijil penghargaan atas kejayaan itu akan diadakan di sebuah hotel di ibu negara pada 16 Januari depan.

Muzik video Ku Rela Dibenci telah dimuatnaik di YouTube pada 1 Julai 2016.

Lagu itu juga berjaya ke pentas Anugerah Juara Lagu 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.