2017 Penuh Dengan Berita Baik – Eric See To

Tulisan asal oleh:
Eric See-To, Facebook Eric See-To, 11 Januari 2018

Walaupun dengan semua propaganda negatif daripada ahli politik Pakatan, 2017 adalah tahun yang penuh dengan berita baik untuk Malaysia dari hampir semua metrik.

Saya merasa sangat lucu ketika menonton ucapan Tun Mahathir di mana salah satu rungutan utama beliau adalah “Apakah gunanya pertumbuhan KDNK yang kukuh dan gaji yang lebih tinggi jika rakyat tak terasa?”

Jika itu adalah rungutan terbesarnya maka Malaysia semestinya tidak dalam keadaan yang teruk.

Angka menunjukkan bahawa rakyat sememangnya mendapat faedah apabila kita melancong dalam rekod yang tinggi dan kelas menengah kita meningkat sehinggakan kita membeli kereta kumpulan pertengahan seperti Honda dalam bilangan yang tinggi.

Sekiranya kita sedang bergelut maka kita sudah pasti tidak akan melancong atau membeli kereta. Tetapi kita pergi melancong dan membeli kereta.

Malah, jualan kereta Honda mengalahkan Proton yang lebih murah dengan margin yang besar untuk menjadi jenama kedua terlaris di Malaysia.

Jualan Honda naik 19% tahun lepas berbanding 2016 kepada 109,000 unit atau tiga kali ganda daripada nilai pada tahun 2008. Kereta Honda tidak dibeli oleh orang kaya yang kebiasaannya akan membeli jenama Mercedes atau BMW (kedua-duanya juga di jual pada bilangan yang tinggi) tetapi oleh golongan kelas pertengahan, yang menunjukkan bahawa kelas menengah di Malaysia telah berkembang dengan ketara.

Perkembangan positif lain tahun lepas termasuklah:

Ringgit mengukuh 10% pada tahun 2017.

Indeks Bursa Malaysia naik 200 mata sejak Disember 2016.

Eksport Malaysia meningkat lebih daripada 20% pada tahun 2017.

Hutang isi rumah Malaysia kepada nisbah KDNK menurun daripada 89.1% pada tahun 2015 kepada 88.5% pada tahun lepas dan kini kepada 84.6% (S3 2017).

Nisbah hutang kerajaan kepada KDNK Malaysia mengukuh kepada 50.7% (S3 2017) daripada 54.5% pada 2016.

Defisit Bajet Kerajaan jatuh kepada 3% pada tahun 2017 – paling rendah dalam 20 tahun sejak tahun 1998.

Pendapatan isi rumah median di Malaysia meningkat hampir dua kali ganda kepada RM5,228 pada 2016 daripada RM2,380 pada tahun 2009.

Lapangan terbang di Malaysia mencapai rekod 96.54 juta penumpang pada tahun 2017, didorong oleh trafik antarabangsa.

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/EricSeeTo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.