2 Beradik Ditahan Ragut Beg

MACHANG – Dua beradik ditahan orang awam selepas meragut beg tangan seorang wanita yang menunggang motosikal di Kampung Wek, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang, mangsa seorang suri rumah yang berusia 40 tahun mengalami kecederaan pada kepala dan patah tangan kiri.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Ab. Ghani berkata, suspek yang menunggang motosikal jenis Sym berwarna hitam ditangkap oleh orang awam di Kampung Wek, Labok setengah jam selepas kejadian.

“Suspek berusia 14 dan 25 tahun terbabit mengekori mangsa sejauh 2 kilometer bermula dari Kampung Sri Rebana. Orang awam yang melihat kejadian berjaya menahan suspek yang terjatuh dan berlaku pergelutan ketika mereka cuba melarikan diri.

“Suspek yang ditangkap kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini, lapor Kosmo

Dzulkifli berkata, siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Tambahnya, mangsa telah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.