Kit Uji Kehamilan Guna Teknologi Bluetooth

Pemintaran objek biasa dan peranti berhubung (IoT) ialah dua perkara dijangka semakin berkembang tahun ini.

 

Harga komponen semakin murah menjadi pemangkin kedua-dua teknologi ini. Kini muncul pula kit menguji kehamilan pintar yang ditambat kepada peranti menggunakan teknologi Bluetooth.

 

Pregnancy Pro keluaran First Response menunjukkan keputusan ujian air kencing pengguna menerusi aplikasi peranti pintar.

 

Kesemua maklumat yang dikumpul seperti tahap hormon human chorionic gonadotropin (hCG) akan direkodkan aplikasi khas yang digunakan.

 

Jika pengguna tidak mengandung, maklumat hormon dan tarikh ujian dilakukan akan disimpan bagi memudahkan pengguna merancang kehamilan.

 

Sekiranya pengguna disahkan mengandung, aplikasi akan mempamerkan maklumat penting pada setiap fasa kehamilan.

 

Ia akan memberikan tips kesihatan, diet dan mengingatkan pengguna untuk menjalani ujian dengan doktor sakit puan mereka. Idea di sebalik Pregnancy Pro ialah memberikan akses kepada maklumat berkenaan kehamilan dengan lebih mudah kepada ibu-ibu yang mengandung selepas mereka melakukan ujian kehamilan.

 

Maklumat diberikan di dalam bentuk teks, ilustrasi dan juga video. Aplikasi untuk kit ini hanya menyokong sistem operasi Android dan iOS sahaja buat masa ini.

 

Pregnancy Pro akan mula dijual musim bunga ini di Amerika Syarikat.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.