Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat Desan Eric Mohon Maaf Dan Padam Catatan Di Twitter

Kuala Lumpur – Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen didesak memohon maaf kepada umat Islam, serta menarik balik kenyataan yang dimuat naik ke laman Twitternya yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan ekstremisme.

 

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan, jika peguam itu cuba menyifatkan khutbah Jumaat sebagai platform untuk mempromosikan ekstremisme atau keganasan, tindakan itu jelas merupakan satu penghinaan terhadap umat Islam.

 

“Apakah maksud beliau apabila menyatakan ‘Jakim promoting extremism every Friday’? Sekiranya beliau maksudkan khutbah Jumaat, ini satu tindakan penghinaan terhadap umat Islam keseluruhannya.

 

“Saya mendesak tweet ini dipadamkan dan beliau memohon maaf kepada seluruh umat Islam yang terguris dengan penghinaan ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya.

 

Semalam, Paulsen memilih untuk berdiam diri, ekoran kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar akan menyiasat tuduhan yang dilemparkan Paulsen, di bawah Akta Hasutan.

 

Melalui mesej kepada The Rakyat Post yang cuba mendapatkan penjelasan berhubung tuduhannya bahawa Jakim mempromosikan ekstremisme melalui khutbah Jumaat.

 

“Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap hari Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya, jika serius tentang ekstremisme di Msia,” tulis Paulsen di akaun Twitternya, @EricPaullsen101 yang mencetuskan kontroversi di laman sosial, kelmarin. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.