Serangan Charlie Hebdo Kesan Tindakan Hina Nabi Muhammad – Ibrahim Ali

Kuala Lumpur – Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata serangan ke atas pejabat mingguan Charlie Hebdo di Perancis merupakan kesan kepada tindakan menghina Nabi Muhammad dan menyakiti perasaan orang Islam.

 

“Apabila kerajaan Perancis tidak berbuat apa-apa (ke atas karikatur menghina Nabi), golongan yang terhina mengambil tindakan sendiri.

 

“Walaupun kita mengutuk serangan, inilah yang akan berlaku apabila anda menghina atau terlibat dengan hal ehwal agama lain,” kata Ibrahim dalam satu sidang media.

 

Ibrahim berkata banyak penghinaan dibuat ke atas Nabi Muhammad di media sosial namun individu bertanggungjawab tidak menjadi sasaran kerana menggunakan nama samaran.

 

“Bayangkan jika kita tahu siapa di sebalik akaun tersebut. Tanpa Akta Hasutan, mustahil serangan seperti itu boleh berlaku.

 

“Sebab itu saya setuju dengan (Menteri Pertahanan, Datuk Seri) Hishammuddin Hussein,” katanya.

 

Hishamuddin semalam menyatakan bahawa serangan di Paris itu tidak mustahil boleh berlaku di negara ini. – mkini

One thought on “Serangan Charlie Hebdo Kesan Tindakan Hina Nabi Muhammad – Ibrahim Ali

  • January 16, 2015 at 12:32 am
    Permalink

    Pelakar Charlie Hebdo dan pembela mereka memang bodoh, tetapi pembunuh dan pembela mereka adalah sama-sama bodoh. Otak tak bertunjang.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.