Saya Dalam Proses Pujuk Emma Kembali – Zizan

Kuala Lumpur – Zizan Razak mengaku dia kini dalam proses memujuk hati bekas kekasih hatinya Emma Maembong untuk kembali selepas Emma mengeluarkan kenyataan bahawa hubungan mereka sudah berakhir.

 

“Memang kami telah berpisah tetapi sekarang saya dalam proses untuk pujuk Emma kembali,” kata Zizan seperti yang dilaporkan Kosmo! hari ini.

 

Zizan turut masalahnya dan Emma adalah berpunca dari keinginannya membeli sebuah kereta mewah sehingga mencetuskan pergaduhan walau bagaimanapun Zizan tetap berharap Emma kembali kepadanya.

 

Hubungan cinta yang terjalin sejak 2013 itu gagal bertahan sejak akhir-akhir ini dan membawa kepada perpisahan.

 

“Memang kami ada bertengkar pasal hasrat saya hendak membeli kereta mewah, tetapi bukan faktor itu sahaja. Banyak lagi faktor lain yang menyebabkan hubungan kami berada dalam penuh tekanan.

 

“Soal kereta mewah itu datang daripada saya, tetapi Emma memang seorang yang sangat sederhana. Dia amat berat hati untuk mengizinkan saya membeli kereta mewah.

 

“Faktor lain pula, saya terlalu sibuk dengan kerja sehingga tiada masa hendak bersama dengannya. Itu yang menyebabkan Emma agak tertekan. Selain itu, apabila orang kata Emma kikis duit saya, perkara itu tambahkan lagi tekanan bukan sahaja kepada Emma bahkan kepada saya juga,” ujarnya yang turut mengakui masih menyintai Emma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.