Mkini : Utusan Puji Ketegasan Indonesia, bakar Bot Penceroboh

Kuala Lumpur – Walaupun bot nelayan Malaysia yang menjadi mangsa, Utusan Malaysia hari ini tetap memuji ketegasan Indonesia dalam menangani masalah pencerobohan pengairannya.

“Belajarlah daripada Indonesia dalam memperlihatkan ketegasan terutama dalam soal kedaulatan.


“Tiada kompromi walaupun menyentuh sensitiviti negara jiran.

“Lain pula cerita di negara kita, selama ini, bumi Malaysia menjadi sasaran jutaan warga asing termasuk dari Indonesia dengan pelbagai salah laku antaranya kemasukan tanpa izin, pencerobohan nelayan dan jenayah,” tulis Awang Selamat.

Penulis itu, yang dianggap membawa suara rasmi Utusan, menyebut bahawa penguatkuasaan undang-undang Malaysia yang lemah menyebabkan kedaulatannya diambil mudah oleh warga asing.  – mkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.