Lelaki Subjek Dalam Surat Zahid Kepada FBI Miliki Kehidupan Mewah Di Vegas

Kuala Lumpur – Lelaki yang menjadi subjek dalam surat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) dikatakan memiliki kehidupan mewah dan bersenang-senang di Caesars Palace, hotel mewah di Las Vegas.

Zahid menulis membersihkan nama Phua, seorang rakyat Malaysia, yang dikaitkan dengan kumpulan kongsi gelap terkenal berpangkalan di Hong Kong 14K, untuk prosiding di mahkamah AS.

Bagaimanapun, peguam Phua menarik balik surat itu pada 29 Disember lalu selepas kerajaan Malaysia membantah penggunaannya di mahkamah.

Dalam pembelaannya terhadap pertuduhan melibatkan perjudian, peguam Phua dan anaknya Darren mendakwa bahawa mereka diperangkap.

Sebagai reaksi, kerajaan AS yang diwakili oleh pendakwanya Daniel Bogden mengeluarkan jawapan 53 halaman bagi menjawab perkara itu.

Jawapan itu, yang diubah statusnya, termasuk eksibit 295 halaman.

Eksibit itu termasuk nota FBI, pengakuan saksi yang tidak didedahkan, ratusan pesanan WhatsApp, Skype dan SMS, jutaan transaksi bank, termasuk juga resit dan pengisytiharan kastam.

Berdasarkan semua ini, nyata kedua-dua tertuduh begitu berhati-hati.

Saksi-saksi memberitahu FBI bahawa Phua – kadang-kadang digelar “bos” – tiba Vegas selepas ditangkap di Macau atas dakwaan perjudian haram.

Bagaimanapun beliau bebas, berdasarkan keratan akhbar di China, “tidak diketahui”. – mkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.