JPJ Nafi Adakan Ops Raya Cina

Kuala Lumpur – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan laporan mengenai ‘Ops Raya Cina’ yang disebarkan penguna media sosial sejak beberapa hari yang lalu.

 

Melalui kenyataan media yang dihantar kepada SuaraTV, JPJ menegaskan mesej yang disebarkan itu palsu.

 

“JPJ ingin menegaskan bahawa mesej atau kenyataan tersebut adalah tidak benar dan tidak pernah dikeluarkan.

 

“Malah, Pengurusan Tertinggi JPJ juga tidak pernah menetapkan target bagi 15 saman setiap anggota seperti yang didakwa” ujar kenyataan tersebut.

 

Beberapa individu yang tidak bertanggungjawab sebelum menyebarkan pesanan dan maklumat palsu berhubung Ops Raya Cina yang bertujuan untuk merosakkan imej dan reputasi JPJ.

 

Pesanan palsu itu antara lainnya mendakwa setiap JPJ Negeri akan mengadakan operasi penyamaran untuk mengesan pesalah jalanraya tanpa mengadakan sekatan jalan raya.

 

Malah semua anggota penguatkuasa yang terlibat turut dikatakan tidak akan memakai pakaian seragam atau kenderaan jabatan.

 

JPJ melalui kenyataan tersebut turut menasihatkan orang ramai agar mendapatkan pengesahan terlebih dahulu sebelum menyebarkan atau mempercayai apa-apa maklumat yang tidak sahih khususnya yang diperolehi melalui media sosial dan aplikasi whatsapp.

 

Berikut adalah pesanan palsu yang disebarkan:

 JPJ Palsu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.