Eric Paulsen Padamkan Catatan Di Twitter, Dilihat Sangat Bodoh

Kuala Lumpur – Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty yang juga seorang peguam, Eric Paulsen disifatkan sangat bodoh apabila didapati memadamkan catatan tweet yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan fahaman ekstremis di negara ini.

 

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun di dalam catatan tweetnya berkata, walaupun tweet Paulsen itu dipadam, ia tidak bermakna kemarahan rakyat negara ini mengenai fitnah itu reda atau dikira selesai.

 

Paulsen pada Jumaat mengeluarkan kenyataan yang menuduh Jakim menyebarkan fahaman itu pada setiap Jumaat yang dipercayai merujuk kepada khutbah solat Jumaat kepada umat Islam.

 

Azwan dalam pada itu turut menyamakan kebiadaban Paulsen itu sama dengan Alvin Tan dan Ali Abdul Kadir.

 

Ali kini dipercayai melarikan diri ke Stockholm, Sweden bagi mengelak dibicarakan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui Facebook pada bulan September lalu.

 

Sementara, Alvin yang sedang dibicarakan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan menghina umat dan agama Islam dalam Facebook pada 2013 dipercayai telah melarikan diri ke Amerika Syarikat.

 

Azwan turut menyindir Majlis Peguam yang dikatakan ‘diam’ selepas Paulsen membuat tuduhan tanpa sebarang bukti.

 

Dalam pada itu Azwan turut menyifatkan Paulsen adalah ekstrimis sebenar selain menyifatkan agama Islam sentiasa menghormati ajaran agama lain di dunia.

 

Gelaran bodoh yang diberi Azwan kepada Paulsen turut disokong Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di dalam tweetnya.
Anda di sini: Laman Utama | Nasional »
Eric Paulsen bodoh bila padam tweet hina Jakim, tweet Azwan Bro
Astro Awani | Kemas kini: Januari 11, 2015
(Diterbitkan pada: Januari 11, 2015 14:35 MYT)
email
comments
Eric Paulsen bodoh bila padam tweet hina Jakim, tweet Azwan Bro
AZWAN BRO: Eric Paulsen bodoh bila padam tweet hina Jakim
KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty yang juga seorang peguam, Eric Paulsen disifatkan sangat bodoh apabila didapati memadamkan catatan tweet yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan fahaman ekstremis di negara ini.

 

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun di dalam catatan tweetnya berkata, walaupun tweet Paulsen itu dipadam, ia tidak bermakna kemarahan rakyat negara ini mengenai fitnah itu reda atau dikira selesai.

 
Paulsen pada Jumaat mengeluarkan kenyataan yang menuduh Jakim menyebarkan fahaman itu pada setiap Jumaat yang dipercayai merujuk kepada khutbah solat Jumaat kepada umat Islam.

 

Azwan dalam pada itu turut menyamakan kebiadaban Paulsen itu sama dengan Alvin Tan dan Ali Abdul Kadir.

 

@EricPaulsen101 Typical bigot who rejects Rukun Negara. Same standard and stupidity with Alvin Tan + Ali Abdul Kadir. Ckp sedap mulut.
— Khairul Azwan Harun (@azwanbro) January 11, 2015

 
Ali kini dipercayai melarikan diri ke Stockholm, Sweden bagi mengelak dibicarakan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui Facebook pada bulan September lalu.

 

Sementara, Alvin yang sedang dibicarakan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan menghina umat dan agama Islam dalam Facebook pada 2013 dipercayai telah melarikan diri ke Amerika Syarikat.

 

Azwan turut menyindir Majlis Peguam yang dikatakan ‘diam’ selepas Paulsen membuat tuduhan tanpa sebarang bukti.

 
Dalam pada itu Azwan turut menyifatkan Paulsen adalah ekstrimis sebenar selain menyifatkan agama Islam sentiasa menghormati ajaran agama lain di dunia.

 
Gelaran bodoh yang diberi Azwan kepada Paulsen turut disokong Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di dalam tweetnya.

 
Pada Sabtu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan akan dilakukan pasukannya ke Paulsen mengikut Akta Hasutan.

 

Mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, pesalah boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.