“Cari Lelaki Tinggi, Berkulit Gelap…” Kenyataan KJ Politik Budak Kecil

Kuala Lumpur – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dilihat seperti menyindir gadis-gadis yang meminati artis K-Pop agar mencari lelaki yang tinggi, berkulit gelap dan tampan berbanding berkulit putih pucat, kurus dan ‘cantik’.

 

Kenyataan Khairy itu dipercayai merujuk kepada insiden video beberapa gadis negara ini yang dilihat teruja dengan ciuman dan pelukan artis K-Pop dari Korea Selatan, B1A4 ketika dipanggil ke atas pentas semalam.

 

 

Insiden dikatakan berlaku ketika sesi perjumpaan kumpulan band terkenal itu bersama peminat di KL Live pada malam Sabtu.

 

Ketua Pemuda UMNO itu melalui akaun twitternya turut menyifatkan artis K-Pop bukanlah merupakan ciri lelaki sejati berbanding lelaki lain.

 

Melalui rakaman video berdurasi 3:21 saat itu, menunjukkan aksi beberapa gadis Melayu berpelukan dengan anggota kumpulan band yang bernaung di bawah syarikat WM Entertainment.

 

Selain berpelukan turut dipaparkan aksi salah seorang ahli kumpulan tersebut yang mencium dahi gadis bertudung yang gembira tanpa mengambil kira persoalan hukum agama terhadap perlakuan tersebut.

 

Namun tindakan Khairy itu turut dikecam pengguna media sosial yang menyifatkan kenyataan tersebut sebagai cubaan mencari populariti murahan dan politik budak kecil.

 

“Sudah lama tidak keluar media mulalah buat kenyataan merepek hendak dapat perhatian. ‪#‎politikBudakKecil‬” ujar salah seorang pengguna laman Facebook yang enggan mendedahkan identitinya.

 

Perjumpaan bersama peminat yang dianjurkan TGM Events itu menetapkan tiket dari RM199 sehingga RM799 untuk caj ‘berjumpa’ kumpulan berkenaan.

 

Kumpulan dianggotai lima ahli iaitu Jung Jin Young, Shin Dong Woo, Lee Jung Hwan, Cha Seon Woo dan Gong Chan Sik, membuat penampilan sulung pada tahun 2011 dengan single “O.K”.

 

Majoriti penggguna Facebook mengutuk sikap gadis-gadis Melayu terbabit yang disifatkan sebagai sangat memalukan.

 

Seorang pengguna Facebook, Musemmil Genjuro menulis: “Maaf bercakap. Tak pelik ke? Kenapa semua perempuan yang disentuh semuanya bertudung? Di situ kita nampak kebodohan dan kelemahan akidah umat akhir zaman.

 

Sementara itu seorang pengguna Facebok yang bukan beragam Islam menggunakan nama Mathis Mim menulis: “Walaupun saya bukan seorang yang beragama Islam, saya sendiri malu tengok benda ni.

 

“Apa yang dah sebenarnya terjadi dengan rakan rakan kita ini? Adakah masyarakat kita, bangsa Malaysia lebih mengagungkan budaya sekular yang dibawah pengaruh barat ini?

 

“Bukan sekadar memalukan agama Islam sendiri namun memalukan budaya bangsa Malaysia yang bersopan santun dan berintegriti dalam menjaga maruah diri

 

“Renungkanlah saudara saudara sekalian. Inikah yang dimaksudkan dengan budaya bangsa Malaysia? Saya mohon sangat pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut dan mengemukakan dasar-dasar yang dapat menghalang benda-benda seperti ini dari berlaku.

 

“Negara sedang bersusah, dilanda bencana, perlukah konsert sebegini? Tunggu dan lihat, tuhan itu maha mengetahui, semua akan dibalas . tunggu dan lihat kesan akibat kita menjunjung sangat budaya jahil ini,” katanya.

 

Baca: VIDEO: Peluk Dan Cium Artis KPop, Gadis Bertudung ‘Kepam Neraka’ – Azwan Ali

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.