Ayah Pesakit Hospital Jadikan 2 Orang Sebagai Tebusan

Washington – Seorang lelaki yang dipercayai ayah kepada seorang pesakit, bertindak menjadikan dua orang sebagai tebusan di sebuah hospital di Texas, pada Sabtu.

 

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak pasti, jika lelaki yang dalam “kesedihan” itu bersenjata.

 

Pejabat Syerif Daerah Harris memaklumkan, satu Unit Operasi Berisiko Tinggi telah dikerahkan ke Pusat Perubatan Wilayah Tomball, di luar Houston, sekitar jam 8 malam.

 

Sebuah stesen televisyen tempatan, KPRC-TV memetik saksi di dalam pusat perubatan itu sebagai berkata, hospital berkenaan ditutup buat sementara waktu, bagi membolehkan pihak berkuasa menyelesaikan krisis itu. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.