Serangan Udara Israel Bunuh 3 Penduduk Palestin

BAITULMUQADDIS – Tindakan Israel yang melancarkan serangan ke Semenanjung Gaza menyebabkan tiga terbunuh, manakala berpuluh-puluh yang lain cedera.

Pergolakan tercetus selepas pengisytiharan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Jurucakap Menteri Kesihatan Gaza, Ashraf al Qedra berkata, pasukan penyelamat menemui satu mayat penduduk Palestin selepas serangan udara waktu malam Israel di utara Gaza, lapor Kosmo

Katanya, dua lagi penduduk Palestin terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Israel dan sebanyak 170 orang cedera.

Advertisement

Jet Israel melancarkan sera­ngan sekitar pukul 3.45 pagi Sabtu dengan menjatuhkan peluru berpandu ke atas tiga pos kawalan milik Hamas di utara, tengah dan selatan Gaza.

Serangan tersebut didakwa sebagai tindak balas terhadap pelancaran roket dari Gaza ke selatan Israel kelmarin.

Hamas menyeru penduduk Palestin supaya bangkit melakukan tentangan Intifada di seluruh kawasan Baitulmuqaddis yang terletak di bawah wilayah Palestin.

Pertempuran kembali meletus pada pagi Sabtu lalu di timur Bandar Gaza dan timur Khan Younis antara kanak-kanak sekolah dan tentera Israel yang berkawal di sempadan. Kejadian itu menyebabkan seorang pelajar lelaki cedera, menurut Qedra.

Sementara itu, pertempuran turut berlaku di Baitulaham, Tebing Barat antara penunjuk perasaan Palestin dan tentera Israel yang berkawal di situ, menurut sumber penduduk Pa­lestin.

Ahli-ahli politik turut menyeru lebih banyak tunjuk perasaan diadakan di Tebing Barat semalam, manakala Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dijangka mengetuai siri mesyuarat dengan pemimpin politik serta partinya, Fatah bagi membincangkan mengenai perkara itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.