Doktor Ditipu Penganggur Muflis RM200,000

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang diisytihar muflis dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan memperdaya seorang doktor berkaitan projek tanaman cili sehingga mangsa mengalami kerugian hampir RM200,000.

 

Memetik Kosmo, tertuduh M. Narendran, 35, seorang penganggur mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Salleh.

 

Mengikut pertuduhan, Narendran didakwa memperdaya T. K. K. Suba Karunan dalam projek tanaman cili teknologi fertigasi yang tidak wujud dan mangsa yang terpedaya menyerahkan 26 keping cek yang kesemuanya berjumlah RM198,181 kepada tertuduh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.